NILAI, NEGERI SEMBILAN - Seorang lelaki cedera dibelasah lima lelaki kerana dituduh mengintai perempuan dalam tandas di Petronas Kuarters KLIA, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa, Abdul Hadi Othman, 33, terpaksa menggunakan tandas wanita di stesen minyak tersebut kerana tandas lelaki telah ditutup.
"Saya singgah di Petronas Kuarters KLIA Nilai untuk buang air. Namun tandas lelaki telah ditutup dan pada masa itu hanya tandas OKU dan tandas wanita saja yang dibuka. Saya masuk ke dalam tandas wanita.
"Tiba-tiba seorang perempuan yang tidak dikenali muncul dari pntu tandas sebelah dan menjerit serta menuduh saya mahu merakamnya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit. Saya jelaskan kepada dia bahawa saya terpaksa menggunakan tandas perempuan kerana tandas OKU sedang digunakan," katanya.
Abdul Hadi juga telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada perempuan berkenaan sebagai bukti dia tidak merakam apa-apa. Namun dia tetap dimarahi dan dimaki hamun sebelum didatangi lima lelaki yang terus memukulnya.
Akibat dari kejadian itu, mangsa cedera di bahagian mata sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Nilai malam tadi.
Tanpa sebarang bukti yang kukuh, wanita berkenaan telah memuat naik gambar mangsa dan menuduhnya melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
Menurutnya, semasa berada dalam tandas, dia terpandang telefon bimbit yang didakwa mahu merakam atau mengambil gambarnya menyebabkan wanita itu terus keluar menegur lelaki itu.
Bagaimanapun, status Facebook itu telah dipadamkan dan wanita berkenaan telah memohon maaf kepada keluarga mangsa.
"Saya mohon maaf kepada keluarga Hadi dan kepada semua sebab viralkan. Kes di tandas itu hanya saya, Hadi dan mereka yang ada di situ saja tahu. Kes polis kedua-dua belah pihak dah ditutup. Saya pun sudah berjumpa engan Hadi malam tadi di Balai Nilai," katanya sebentar tadi sebelum dipadamkan semula.
Kakitangan Petronas Kuarters KLIA Nilai, Linda, juga turut tampil mengesahkan bahawa tandas lelaki telah ditutup kerana rosak. - The Reporter
Sumber : 1Citemalaya>
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.