Jangan sesekali berhenti kalau menghadapi situasi seperti ini di lebuhraya

  • Kereta mangsa 'dicucuk' kereta suspek dari belakang
  • Cermin tingkap kereta mangsa dibaling sesuatu di lebuhraya
  • Taktik penjenayah mahu menyamun mangsa di lebuhraya



Mohon semua pengguna jalan raya berwaspada. Insiden ini baru berlaku jam 5.40 pagi (semalam) di lebuhraya PLUS, KM 412.5, sebelum Exit Bukit Tagar menghala ke utara. Kalau tengok pada gambar yang ada anak panah itu, nampak seperti kesan spark plug. 

Kisahnya, saya dari laluan paling kanan iaitu lorong untuk memotong. Kemudian ada sebuah kereta putih, Honda City, highbeam saya dari belakang macam nak cucuk kereta saya. Saya beralih ke laluan kiri untuk memberinya laluan. 

Ketika kereta itu cuba melepasi kenderaan saya dengan kelajuan yang sama, saya terdengar satu bunyi hentakan yang sangat kuat. Baru saya perasan rupa-rupanya individu di dalam kereta itu membaling sesuatu ke arah tingkap kereta. 



Saya teruskan pemanduan dan menghubungi ayah. Ayah suruh saya teruskan memandu dan jangan berhenti kerana ada kes samun yang menggunakan taktik seperti ini. 

Saya tiba di Ipoh sekitar jam 7.30 pagi, 

Menurut ayah yang bekerja sebagai polis berkata, ini aalah salah satu taktik untuk penjenayah menyamun mangsanya di lebuhraya. Seorang individu akan membaling sesuatu pada kenderaan mangsa agar insiden itu nampak seperti kemalangan. 


Kebiasaannya, mangsa akan berhenti di tepi jalan kerana panik dengan situasi tersebut. Kemudian akan datang satu kumpulan yang lain menyerang dan menyamun mangsa. 

Itulah tips dari ayah saya. Jika berlaku kejadian seumpama ini, jangan sesekali berhenti. 


Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.