Rakyat Malaysia menang Ratu Cantik Maknyah Australia 2017


SEORANG maknyah yang juga merupakan Rakyat Malaysia, dilaporkan telah memenangi anugerah Ratu Cantik Transsexual (Maknyah) yang diadakan di Australia.



Pemenang, Laeticia Phyllisia Raveena dinobatkan sebagai Miss Transsexual Australia 2017 perkara itu dimakluman oleh seorang aktivist transgender Nisha Ayub pada hari Ahad.

Raveena yang juga merupakan tukang masak dengan kelulusan dari Sekolah Kulinari Bleu terkenal dunia dilaporkan turut menerima voucher bernilai US$15,000 (RM66,450) dari Bangkok's Kamol Cosmetic Hospital ketika majlis itu yang diadakan di Melbourne, Australia.

"Tahniah diucapkan kepada Maknyah dari Malaysia yang diwakili oleh Phyllisia Raveena kerana kejayaan merangkul anugerah Ratu Maknyah Australia. Kamu berhak menjadi permaisuri," kata Nisha di laman facebook miliknya.

"Di sebelahnya adalah Miss Gay Australia. Saya gembira mereka telah memisahkan di antara Ratu Gay dan Ratu Maknyah. Ini menunjukkan penganjur sedar tentang perbezaan dan kepelbagaian identiti jantina, seksualiti dan ekspresi di dalam sebutan payung transgender. Tahniah sekali lagi Laeticia anda membuatkan masyarakat merasa bangga," tulisnya lagi.

Acara tahunan itu yang mula diasaskan sejak tahun 2009, merupakan acara terbesar bagi golongan LGBT Australia.


Read more: MiloSuam

Sumber : Mediahub

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.