Inilah ubatnya untuk pelajar datang lambat ke sekolah tanpa alasan munasabah - Cikgu

Ramai yang bersetuju dengan cara guru ini mengenakan denda terhadap pelajar yang datang lambat ke sekolah tanpa alasan munasabah. Meskipun nampak kejam, zalim ataupun gila, namun inilah cara terbaik mendidik mereka agar tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang.

Yang pastinya, niat guru ini hanya mahu memberikan pengajaran kepada pelajar yang datang lambat agar lebih berdisiplin dan hormat pada tempat untuk menimba ilmu. 



KEJAM! ZALIM! GILA! 

Biarlah mereka nak kata apa pada cikgu. Saya terpaksa buat khas untuk pelajar yang tiada alasan munasabah datang lambat ke sekolah. Hasilnya, boleh dikatakan tiada lagi kes datang lambat ke sekolah. 

Alhamdulillah, biarlah mereka nak kata apa pun pada saya. Dah ibu bapa mereka tak dapat nasihatkan mereka tidur awal untuk bangun awal datang ke sekolah, inilah ubatnya. 


LAMBAT DATANG KE SEKOLAH

Khas untuk budak Melayu, saya denda mereka baca Yassin tahlil buat diri mereka sendiri. Maklumlah jiwa mereka kacau. Malam tidur lewat, main game, layan WhatsApp, WeChat, Telegram, Instagram, Facebook dan macam-macam di smartphone mereka, mengalahkan Astro lagi. 

Ini saya belum kira mereka melepak di luar rumah, bawah pokok asam malam-malam buta tonton video 'ehem-ehem' orang zaman purba international tak pakai baju dalam telefon mereka. 



Kalau buat datang lambat kali kedua tanpa alasan munasabah, saya akan tambah hafal ayat lazim, doa selamat ke, doa Qunut ke, surah dipermudahkan rezeki ke apa ke. Tak boleh hafal, saya pelekung kepala 2 atau 3 ketul lekuk. Peduli apa? 

Tak apa kalau ibu bapa nenek mereka marah, saya kisah apa? Ayat lazim, doa Qunut tak boleh hafal, macam mana mereka nak sembahyang Subuh? Sudahlah tidak sembahyang Subuh, bangun lewat pula tak cukup masa nak bersiap untuk pergi awal ke sekolah.  Biar saya ajar mereka sampai boleh sembahyang Subuh. 


Dah jerap sembahyang Subuh, automatik mata merka akan tercelik bangun awal nak solat Subuh, mandi awal, bersiap awal dan pergi sekolah pun awal. 

Untuk pelajar Cina dan India pula, mereka dikenakan denda tulis ayat berikut: 

"Saya berjanji akan tidur awal dan bangun awal supaya datang awal untuk belajar di sekolah dengan lebih bersemangat"



Mereka perlu tulis berulang kali sehingga genap 400 kali. Kalau ulangi kesalahan yang sama buat kali kedua tanpa alasan yang munasabah, mereka perlu tulis 800 kali ayat yang sama. 

Marah ka ibu bapa sekalian? Datanglah, tak kisah nak berjumpa.

REAKSI NETIZEN?

Majoriti bersetuju dengan tindakan guru ini. Tiada yang mempertikaikan, malah ada yang mahu menjadikan ia sebagai contoh bagi menangani masalah berkenaan kerana denda tersebut tidak memudaratkan pelajar berbanding hukuman seperti rotan atau berdiri di atas meja di khalayak ramai. 

Apa pun, ibu bapa perlu bertegas dengan anak masing-masing dan tidak terlalu memanjakan mereka dengan gajet atau aktiviti yang tidak berfaedah. Pantaulah mereka kerana anak-anak muda inilah yang akan membentuk generasi masa depan. 


Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.