OBAMA Salurkan USD 221,000,000.00 kepada pihak berkuasa PALESTINE!| Sebelum mengakhiri era pentadbirannya, Obama secara senyap telah menyalurkan dana sebanyak $221 juta Usd lebih kurang RM980 juta kepada pihak berkuasa Palestin. Dana-dana tersebut akan digunakan untuk bantuan kemanusian di tebing barat dan Gaza termasuk urusan pentadbiran, pembaharuan politik dan projek yang lain.
Bagaimanapun niat murni tersebut tergendala apabila saluran dana itu ditangguh oleh ahli Kongres GOP. Menurut seorang pegawai Jabatan Negara dan beberapa pembantu Kongres yang lain, pentadbiran terdahulu secara rasminya telah memaklumkan kepada ahli Kongres bahawa wang tersebut akan dibelanjakan pada pagi jumaat, iaitu sebelum Donald Trump dilantik menjadi presiden.
Menurut sumber laporan, lebih daripada AS$227 juta (RM1 bilion) dana yang diperuntukkan untuk hal ehwal luar negeri dikeluarkan ketika itu, termasuk AS$4 juta (RM17.6 juta) untuk program perubahan iklim dan AS$1.25 juta (RM5.5 juta) untuk organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tindakan ini dilakukan selepas mendapat berita pentadbiran Donald Trump mengumumkan rancangan pemindahan kedutan Amerika Syarikat di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem (Baitulmaqdis). Dalam satu kenyataan yang lain Obama berkata, keputusan tersebut perlu diperhalusi kerana Israel dan Palestin, masing-masing pernah mendakwa wilayah itu sebagai ibu negara mereka.
Bantahan yang dibuat oleh sebahagian daripada orang ahli Kongres menyebabkan saluran dana tersebut ditangguhkan, bagaimanapun hanyalah sebagai tanda penghormatan tetapi tidak terikat secara perundangan.
SUMBER:THEVOCKET
The post OBAMA Salurkan USD 221,000,000.00 kepada pihak berkuasa PALESTINE! appeared first on KISAH BENARKU.
Sumber : 1Citemalaya>
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.