Selepas permintaannya tidak diendahkan, mangsa, Siti Nurdarwisyah, seakan merajuk sebelum masuk ke dalam bilik dan menyusu bersama ibunya.
Menurut Muhammad Firdaus, dia hanya menyedari kehilangan anaknya ketika azan Maghrib dan mencarinya di pelusuk rumah, namun tidak menemuinya.
"Ketika itu saya sudah berasa tidak sedap hati dan berfikir kemungkinan Icha keluar dan bermain air. Saya terus keluar dan sebaik menuruni tangga rumah, saya terpijak 'goggle' miliknya dan ketika itu jantung saya sudah berdegup kencang.
"Saya terus terjun ke dalam air dan mencarinya, namun tidak menemui Icha sebelum meminta bantuan jiran. Selepas beberapa minit mencari, akhirnya seorang jiran menemui Icha tersangkut di celah pokok kira-kira satu meter dari rumah," katanya.
Mangsa ditemui dalam keadaan lemah pada jam 7.22 petang selepas tersangkut di celah pokok di dalam air banjir. Ketika dibawa naik ke beranda, mangsa masih bernyawa dan Muhammad Firdaus membuat bantuan pernafasan terhadapnya dan terus bergegas membawa mangsa ke hospital.
"Dalam perjalanan ke hospital, badan Icha sudah mula sejuk sebelum doktor mengesahkan bahawa Icha sudah tiada kira-kira 45 minit menerima rawatan," katanya.
Posted by Buletin TV3 on Saturday, 28 January 2017
Jelas Muhammad Firdaus, kawasan rumahnya dilanda banjir sejak beberapa hari lalu namun mereka tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara memandangkan air tidak memasuki rumah.
Jenazah Siti Nurdarwisyah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Panching Utara jam 10 pagi semalam.
Muhammad Firdaus berkata, dia masih terbayang lambaian serta ucapan 'bye, bye' yang dituturkan ketika anaknya menaiki perahu bersama adik iparnya dua hari lalu.
"Aksinya itu sempat dirakam oleh ibu mentua saya menerusi telefon bimbit dan saya tidak menyangka itu lambaian terakhir Icha. Bila melihat rakaman video itu, hati saya menjadi sayu," katanya.
Sumber : 1Citemalaya>
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.