Bantu Pelarian Syria, Penuntut Malaysia Ditahan dan Di Halau Keluar Jordan


“DOAKAN saya terus kuat,”… Demikian pinta seorang mahasiswa Malaysia, Musa Nuwayri yang telah dihalau dari Jordan hanya kerana menghulurkan bantuan kepada pelarian Syria.

Musa Nuwayri atau nama sebenarnya Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, 23, baharu sahaja dibebaskan dari sebuah penjara Jordan kelmarin dan dihantar pulang ke tanah air selepas enam hari ditahan.

Ahmad Musa yang merupakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ), menimbulkan rasa sebak ramai apabila memuat naik gambar di laman sosial dirinya digari ketika ditahan Jordan.

Dalam posting itu, dia turut menyatakan perasaan rindunya pada teman seperjuangannya di Jordan dan anak-anak Syria yang sudah dianggap seperti anak kandung sendiri.

Bantu Pelarian Syria, Penuntut M'sia Ditahan 6 Hari Di Jordon

Bantu Pelarian Syria, Penuntut M'sia Ditahan 6 Hari Di Jordon

Sementara itu, Ahmad Musa yang merupakan pelajar jurusan syariah di Universiti Al Bayt, Jordan mengakui dia kini reda dihalau keluar meskipun pengajiannya hanya tinggal baki beberapa bulan.

“Pihak berkuasa di sana memaklumkan antara sebab saya ditahan kerana visa pelajar sudah tamat tempoh walhal sebelum ini, pelajar yang didapati tidak perbaharui visa hanya perlu bayar denda berdasarkan jumlah hari tinggal melebihi masa di Jordan.

“Selain itu, saya juga ditahan kerana terbabit membantu pelarian Syria di negara itu dan ia adalah faktor utama penahanan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita pengalamannya ditahan di sana, Ahmad Musa memberitahu dia tidak berkesempatan untuk mandi selama enam hari dan polis tidak membenarkannya menukar pakaian.

Sumber : Mediahub

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.