Gara-gara siapa?


KOTA BHARU, KELANTAN - Seorang penunggang motosikal patah ibu jari tangan kanan selepas merempuh sebuah kereta yang brek mengejut di depannya, semalam. 

Dalam kejadian jam 6.58 petang di Jalan Kampung Sireh semalam, seorang perempuan tua berpakaian merah perlahan-lahan melintas jalan tanpa mempedulikan kereta yang datang dari arah kanannya. 

Terkejut melihat kehadiran wanita itu, pemandu kereta Perodua Kelisa terus membuat brek mengejut menyebabkan dia dirempuh kereta Proton Wira. Penunggang motosikal yang berada di belakang juga gagal memberhentikan motosikalnya lalu merempuh belakang Proton Wira tersebut. 

Akibat dari kejadian itu, mangsa, Suraya Md Said, anak kepada Pengerusi JKKKP Kampung Cherang Melintang, Tumpat, patah ibu jari tangan kanan dan retak kepala lutu. 


Kemalangan yang berlaku di Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu pada 26 Januari 2017 yang berpunca daripada seorang perempuan tua yang melintas jalan. Dirakam dengan cctv Geovision IP camera.
Posted by Yu KH on Wednesday, 25 January 2017

Kejadian itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan kini viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyalahkan wanita tua berkenaan. - The Reporter


Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.